KUALA LUMPUR 7 Jan. – Keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) 2009 akan dikeluarkan pada Isnin.
Majlis Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.
Calon juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi SMS dengan menaip MUET
Seramai 79,206 calon menduduki ujian itu di 905 pusat di seluruh negara tahun lepas, menurut kenyataan itu. – Bernama
Dipetik dari Utusan Online, Khamis , 7 Januari 2010
0 comments:
Post a Comment