Wednesday, December 30, 2009

Semakan Penempatan Guru Yang Telah Tamat Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)

Penempatan Guru Yang Telah Tamat Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) telah dibuka untuk semakan bermula 30 Disember 2009.

Sila buat semakan disini:

Semakan Penempatan Guru Yang Telah Tamat Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)

Sebarang pertanyaan, sila rujuk ke:

  • Sektor Pengurusan Sekolah Rendah di talian 03-88849586

Harap maklum.

-Bahagian Pengurusan Sekolah Harian-

Dipetik dari Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

Lantikan lulusan sarjana pendidikan ikut kekosongan : Puad

PUTRAJAYA: Pelantikan lulusan Sarjana Muda Pendidikan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai guru bergantung kepada pengkhususan yang dipilih serta kekosongan jawatan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, tidak semua graduan bidang itu dapat diterima kerana terdapat juga lepasan daripada institusi pendidikan guru yang diberikan latihan mengikut keperluan semasa.

"Masalah sekarang ialah graduan lepasan pendidikan IPTA melebihi penawaran. Kita kenalah tengok pengkhususan dan opsyen yang dipilih oleh graduan IPTA itu, mungkin bidang yang dipilih graduan itu sudah mencukupi buat masa ini," katanya di sini, hari ini ketika mengulas rungutan lepasan IPTA dalam bidang pendidikan bahawa mereka sukar mendapat pekerjaan sebagai guru.

Mohd Puad berkata, pengadu boleh mengemukakan aduan kepada kementerian yang akan membantu mencari jalan penyelesaian.

Terdahulu, beliau merasmikan Hari Kualiti dan menyampaikan Anugerah Kualiti peringkat Kementerian Pelajaran.

Pada majlis itu, Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran menerima Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Teras Jabatan Pelajaran Perak memenangi Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, manakala Anugerah Kualiti Ketua Pengarah Pelajaran dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Alor Setar, Kedah. - Bernama

Dipetik dari Berita Harian, Rabu 30 Disember 2009